Sabtu, 24 November 2012

Wayang Kulit


1. SEJARAH
Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita- cerita Panji. 
Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. 
Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu KartapatiWayang Purwo pula terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung     terutamanya di Johor yang mengetengahkan episod dari kitab Mahabrata dan cerita Panji 

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai)
Dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan  penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan
Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian

2. PENGENALAN
Wayang ini dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa. 

3. ISI CERITA
Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.

4. PATUNG-PATUNG
Patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. 

Perbedaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung:

  - Mata Jaitan untuk watak pahlawan
  - Mata pepelangan untuk watak jahat
  - Mata prebes untuk watak pertapa

5. ALAT MUSIK 
Alat Musik wayang purwa berbeda dengan wayang lain kerana terdiri dari :

- Gong besar (gong Agong)      
- Gong suwukan   
- Gambang
- Kempul
- Kenong
- Gender
- Slentem
- Demung
- Saron
- Peking (saron penerus)
- Ketok / kompang
- Rebab  
- Gendang

Jenis-jenis lagu yang dimainkan ialah seperti Lagu Bertabuh,Perang, Sri Rama, Kabar Manja, Buluh Seruas, Pandan Wangi dan banyak lagi. Wayang purwa diiringi oleh satu kumpulan gamelan.

6. BAHASA
Wayang Purwa disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan bahasa Melayu tempatan.

http://wayangkulitsmp2252.blogspot.com/2010/10/wayang-jawa-purwo.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar